Monday, December 14, 2009

hidup ini...

kadang-kadang kite tak perasan kita terlampau obses dengan sesuatu. kadang-kadang kita katakan itu adalah cinta. kadang-kadang itu adalah sayang dan kadang-kadang kita katakan itu adalah tangguungjawab..tapi persepsi itu bergantung pada situasi dan pandanga masing-masing... Cuma apa yang saya pelik adalah apabila ada orang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai atau mendapatkan apa yang dia mahukan tanpa berfikir panjang..ukan kita nak katakan yang mereka ni cetek akal or tak berilmu sebab kadang-kadang ada juga mereka yang dari golongan berilmu pun tidak mampu menggunakan satu-satunya nikmat dari illahi yang agung buat kita..yang membezakan antara manusia dan haiwan..haiwan ada perasaan sama seperti manusia tapi manusia ada akal dan haiwan tidak...


Bila kita berkata mengenai obsesi..kita mampu melakukan apa sahaja..bukan saya hendak mengutuk tapi sekadar mahu menceritakan pengalaman dan pendapat...misalnya ada orang yang obses dengan warna merah..mereka sanggup bergadai wang dan harta demi warna tersebut dan memiliki apa yang dimahukan..ada satu family tu saya tengok suaminya sanggup duduk dalam rumah yang serba serbi merah demi menjaga hati dan menghormati minat si Isterinya...ini yang saya puji dimana seorang lelaki sanggup ketepikan egonya demi menjaga hati isteri dan menunaikan janji dan saya percaya beliau turut membahagiakan isterinya dan cinta mereka cukup agung..yelah mana ada org sanggup duduk dalam warna merah kesemuanya dan berjalan dengan memakai pakaian serba merah..susah untuk kita jumpa 1 dalam 1000...


Cuma apa yang saya bimbangkan adalah apabila seseorang itu obses pada cinta..obses pada seseorang yang dia cintai..memang pada dasarnya kita akan katakan wujud lagi ke orang macam itu..memang wujud malah it's getting worst...ada yag sanggup menggadai nyawa kerana cinta..hmm memang benarlah bila kita katakan cinta ke hujung nyawa tapi bukanlah sampai menggadai nyawa hanya kerana ingin mendapatkan cinta sejati...kadang-kadang pelikkan orang macam ni..macam tak ada otak untuk berfikir dan macam tak ada iman dan agama...cuba kita serahkan pada takdir atau cuba kita percaya pada janji tuhan...percaya pada jani ALLAH...bila kita obses ia seperti kita tidak percaya dengan ketentuan tuhan...misalnya ada satu cerita dimana seorang wanita sanggup menggadaikan nyawa sahabatnya untuk mendapatkan cinta dari lelaki pujaannya...pelik dan jelikkan kalau difikirkan dengan mata hati yang tajam...seolah olah wanita yang cantik paras rupanya dan lemah lembut orangnya ini telah hilang kewarasan akal fikiran dan buta mata hati...

jadi cuba kita renungkan sejenak..layak ke kita nak mencintai seseorang sepenuh hati sedangkan kita tidak mampu menyayangi adik beradik kita??layakkah kita mencintai seseorang tanpa kita mencintai bonda dan ayahanda sepenuh hati??? layakkah kita bercinta dengan seseorang jika kita tidakmampu mencintai Nabi??? dan adakah kita benar-benar layak untuk menikmati kebahagiaan bercinta jika kita tidak mampu sedikitpun menghayati cinta dari Illahi???

renungkanlah....

Wednesday, November 25, 2009

hmmm....

hmm nak cite apa ye kali ni?? hmm cite pasal raya haji..
neway selamat menyambut hari raya aidil adha buat sume umat islam didunuia...
konpius aku nak raya kat mana.yelah antara perasaan ibu n sedara..ofcourse mak dulukan..tapi entahlah...

semalam aku ada tgk cite 2012...wuhu best gile suka sangat tgk effect dia..hebat gle macam mana lah dia bole bayangkan mcm tu sekali...tengok cite tu aku insaf sekejap..pk kan memg dunia ni nak kiamat..apa yang terjadi dalam cite tu kebanyakannya sama macam apa yang dah berlaku kat PADANG indo...ada jugak cite-cite dia yang masuk akal but ending dia je yang membezakan antara orang islam n orang kristian ur yahudi cuz dalam cite tu masih ada yang idup..so jangan ada pulak yang terpengaruh..kite kena percaya pada kejadian tuhan k...

hmm minggu lepas sepupu aku and family dia datang M'sia..dia dari singapore...yang tak bestnyer diorg datang sehari jer..baru nak bermanja-manja dah balik..tapi masa yang ada diluangkan dengan baik...thanks neway....

sekian...

Saturday, November 21, 2009

kursus etika dan pengurusan integriti...










salam...




dah lama dah tak update blog aku ni...sory 4 those yg menantikan cite baru...




hmm aku baru balik dari kursus kat perak...kursus etika polis...penat tu adalah sikit tapi rasanya tak sepenat masa induksi...hmm kami bertolak pada 16 nov pukul 1 ptg.. b4 tu malam perjumpaan aku dikejutkan dengan kenaikan pangkat dari org biasa kepada ketua platun wanita...mak aih tak sangka doh...ni sume keje en. bad r.... aduh satu lagi dapat tahu yang aku dapat A dalam exam SUKSIS...huhu macam2... pastu sampai je sana memg best bile bilik dia macam hotel...dengan aircond n mcm2 lg...pastu 8tiviti dijalankan oleh tuan Rahman...yang paling menyakitkan ati bile si FUAD yang bodoh tu telah membuat statement yang aku ni pemarah!!! pergh memg naiklahkan darah ke muka..nasib baik tuan rahman kata dia tak dapat nak buktikan yang aku ni pemarah..mana taknya aku tak pernah marah dia...kalau tegur pun cara baik....apa punya manusialah dia ni...dah tu dia tak perasan ke yang satu skuad memang tak suka kat kau doh!!!org sume dah benci kau tapi kau boleh buat2 tak tahu and buat muka kau yang menjengkelkan tu...kata je dah pergi mekkah 3 kali tapi macam tak pernah pergi...patutnya kalau dah pergi mekkah tu perangai dah berubahlah...ni tak macam taik jugak!!nasib akulah dapat satu group ngan kau...nightmare do.....ish kalaulah aku boleh lari ke group lain masa tu kan bagus....tapi kau sekadar manusia yang merosakkan mood sume org..yg penting kami masih seronok....yang aku tak boleh lupa bila shakilla tertelan ubat gigi bile dia dengar sore aku bersyair....yes betol dia tertelan....hahahaha memng malam tu bile present kat depan kitorang asyik ketawa je....lepas abis tu sume tepuk bukan sebab sedap tapi sebab kelakar sangat...aduh memang pecah perutlah kami ni.....masa makan lg lah...kami ber4 memg duduk 1 mejaje selalu...memg bile time makan je shakillah mesti tersedak...takpun dia akan tercekik sebab ketawa...lg2 bile kata pasal kutu yang berterbangan...satu malam tu aku nampak muka shakilla amat sangat tensen...aku tau kenapa tapi tak dapat nak ceriakan dia...kesian dia....tapi aku memg suka cara dia yang menangani tensen dia dengan baik....ajan plak tak abis2 ngantuk...hahahaha

Saturday, November 7, 2009

habatnya si pisau cukur...




huhu... jumaat lepas aku ngan ajan pergi tengok cite pisau cukur!!!!
hebat gile cite tuh..pada mulanay macam tak yakin nak laburkan duit tuk cite tu..tapi lepas tu aku memang tergamam tengok cite tuh...
mana taknya penuh dengan gelak tawa...yang paling berkesan sekali si Intan yang di lakonkan oleh Fazura...berkesan beb!!memang tabik spring r...tak kurang jugak si Bella lakonan maya karin yang memang aku puja sejak dulu...dia dah buktikan kebolehan dia dimata semua apabila berjaya bawak watak komedi...CAYALAH!!!! bagi sesapa yang tak tengok lagi..pergilah tengok sebab pelaburan anda berbaloi!!!
TAHNIAH BERNARD and rafidah yang telah merialisasikan filem tu walaupun pada awalnya macam ada masalah.....Tahniah si PISAU CUKUR!!!!





p/s: oh my Gucci!!!!

Tuesday, October 20, 2009

suadah lama...



hmm rasanya dah lama sangat aku tak update blog...sorry 4 those yg tunggu lama nak tau cite baru...ok aku mulakan cerita dengan sambutan ari jadi eija 6 10 09 ari tu...kitorang celebrate kat tasik shah alam..secara jujurnya aku tak pernah pergi tasik tu.


then kitorang sambung celebrate pergi karaoke kat PAS. huh masatulah dapat tau suara Jannah sengau nak mati...hahaha aku macam biasalah nyanyi lagu rock..fantasia bulan madu...kuar je dari bilik ape g kan ilang lah suara ku ini..then kami balik kolej...




the next few days aku buat open house 4 my classmate jer...hm yang best nye eija and dila tido umah aku kononnya nak jadi cheflah...aleh2 mak aku ngan aku gak yang masak..diorang adalah tolong jugak pergi pasar, potong tomato( dila potong...besar siot...hahaha jgn marah eh dila )pukul 12.30 diorang datang. gelabah aku dahlah blum mandi g masa tu.kelam kelibut gak aku. then diorang pun makan nasi ayam tu. tgk diorang makan aku dah risau mesti ayam tak cukup tok trip lg satu.. pe lagi aku pun pergilah cari ayam kat KFC. time kasihlah kat KFC...time nilah kau selamatkan aku...hm lepas makan-makan apa lg diorang pun ajaklah berjalan-jalan. aku pun bawak diorang pergi summit USJ tengok cite PAPADOM..best gile cite tu. walaupun cite dia tak berat sangat tapi banyak moral value..secara jujurnya aku menangis tengok cite tu.. tapi yang paling berbaloi sekali bile 4 the whole story memang tak kering gusi...itulah penangan AFDLIN SHAUKI..my favourite director....dan yang paling penting scene cite tu dekat UITM SHAH ALAM!!!! UITM DIHATIKU...




then pada 16/10 aku ngan geng suksis bertolak ke kem orientasi kat ulu yam..huhu best gile even penat nak mati. rasa macam kejap sangat kat sana. firstday sampai kami sume pasang khemah and diberi makan. pastu aktiviti macam sukanekalah gak..kemuncaknya bila group aku kalah n kena masuk dalam kolam air yang kotor. bayangkan kitorang boleh nampak kulit ayam n ayam berlalu depan kitorang bile nak rentas kolam tu...eeeeee....tapi yang paling aku tak boleh lupakan bila group aku buat rentas halangan. walaupun aku ni berbadan besar tapi diorang sentiasa bagi support kat aku..masa panjat tembok budak laki angkat aku tanpa rungut. memang spirit of fighting diorang tinggi and last kitorang dapat tahu yang kami menang tempat 1 dalam rentas halangan...dasat beb HIDUP OTAAAAAAAAKKKKKKKKKK!!!!! boleh dikatakan group kamilah yang paling ceria..mana taknya setiap kali benda yang berlaku mesti trademark kitorang yang kuar....OTAAAKKK!!!!sampaikan masa tuan asrul bagi ucapan pun OTAAAAKKK kuar gak...hehehe nakal....

Friday, September 18, 2009

selamat hari raya aidilfitri...



Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin..
maafkan salah silap jika ada dari hujung rambut sampai ujung kaki...semoga raya tahun ini memberikan kebahagiaan kepada kita... Tapi jangan lupa pada ramadhan yang bakal meninggalkan kita. Kalau kita dengar cerita para sahabat, mereka akan menangis apabila ramadhan meninggalkan kita. Begitu kuat iman mereka. Tapi kita kini, sangat teruja meninggalkan ramadhan. Malah ada juga yang meninggalkan amalan2 yang patut dilakukan seperti terawih, derma dan sebagainya...Ya Allah semoga kau ampunkan segala dosa mereka..


Ingat jika nak balik kampung, pastikan kereta anda telah diservis...tayar, minyak itam, air, bateri semuanya cukup. Kalau ngantuk tu berhentilah sekejap...bukannya makan banyak masa pun kalau nak dibandingkan dengan masa lama dok hospital jika benda yang tidak diingini berlaku...


sekian...

Tuesday, September 15, 2009

aku gembira...



Pada 15 Sept 2009, aku, ajan, eija,jan, d'la, arul and Mr. G..hmm happy sangat sebab dapat tgk diorng happy..klaka pun ada bila arul buat hal...bayangkanlah arul makan masa bukak puasa macam org dah seminggu tak makan.boleh tak dia abiskan kulit ayam dari piggan afzan..huh memang dasat gile.









Aku bukan nak kata pelah kan tapi entah kenapa malam tu aku macam bukan aku..tak banyak cakap n macam memalu. maybe ada Mr.G kot..Im confius lah..dia ni betul ke tak? i mean betul ke tak dia suka kat aku or dia just nak mendekati kitorang yang happening ni..hehehe


















masa kitorng kat Sunway Pyramid tu masa nak balik tetiba kereta aku buat hal. huh buat malu je. kesian diorang tak dapat pergi uptown..hmm tapi nasib baik aku bertindak cepat bila mintak tolong kat abg sorang ni. Alhamdulillah kereta aku boleh idup balik even kena tunggu dekat 1 hour nak tunggu kawan dia tolong kitorang..Itulah orang Malaysia yang sanggup tolong tanpa harap sebarang pembalasan. buktinya masa aku suruh arul bagi duit kat abg tu dia menolak and kata dia tolong kerana ikhlas....Time kasih Abg!!!