Monday, August 3, 2009

lawaknya sahabatku...

Saje je aku nak cerita sedikit mengenai kawan-kawan baru aku. Hmm dekat u ni dalam kelas aku dikenali dengan panggilan 'MAMA' @ ada jugak yang panggil 'MUMMY'. Al kisahnya aku rapat dengan Afzan dan aku ni jenis yang caring sikit. So, dengan sifat keibuan aku tulah gelaran di beri tapi tak semua ahli kelas yang panggil. Pendek kata yang panggil aku macam tu geng akulah. ada 10 orang termasuk aku:-


afzan, aiza, d'la, eija, mai, jannah, ain, eira, aku dan Aishah.


Jadi mereka ini semua gelar kan diri mereka ' anak2 SAF'. Entah sejak bila aku kahwin dengan bapak diorang. Apalagi jadi bahanlah aku. nak di jadikan satu cerita, satu hari ini kami naik bas RapidKL nak balik kolej. Macam biasa kami akan bising dalam bas tu. Lalu, pak cik tu pun turut serta tergelak bersama-sama. Aku yang mula dulu yelah aku duduk depan and aku pun cakaplah kat diorang yang aku macam tour guide kat depan tu. Tak sangka ramai yang dengar termasuklah pak cik bas dan ketawa pun terburailah. Eija pun berkata " Mummy, taulah daddy tak ada. Behave yourself ok!" Sabar jelah dia ni, mau merah muka aku masa tu. Yang paling memalukan aku bila diorang kata aku cuba cari daddy baru diorang depan khalayak ramai dalam bas ditambahkan dengan tiba2nya pak cik bas tuh terus pakai cermin mata hitam..MAK AIH!!!MALU!!!!


Ada satu cerita lagi. 3 OGOS 2009. Kitorang ada kelas Law pagi pukul 10.30. Sebelum tu kami borak2lah sebab dah lama tak jumpa since UiTM tutup seminggu. Saja je aku bukak cerita cakap one of our classmate daddy Jannah sebab dia putih. Afzan pun tanyalah sape daddy dia and aku pun cakaplah yang hitam tu dan kau dapat keputihan dari aku... Tiba2 eira nyampuk tanya ' habis tu kenapa eira tak dek janggut? bapak eira ada pulak.' Hah ni memang soalan nak bagi pecah perut r..dah nama pun perempuan kan...HAHAHAHAHAHA


ok lah sampai sini aje dulu...


sekian...

No comments:

Post a Comment