Saturday, August 22, 2009

AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN...



Alhamdulillah akhirnya kiya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kerana masih dipanjangkan umur oleh Tuhan yang maha Esa. Hmm, tapi kalau kita tengok balik macam sekejap je masa berlalu lepas tu dah puasa. Orang kata dunia ni nak kiamat. Ada yang kata 2012 ada yang kata 2013. Tapi yang penting sebenarnya yang tahu bila masanya Khiamat hanya Allah S.W.T. Jangan kita terpengaruh dengan kata-kata ulama' atau sesiapa sahaja yang cuba menyatakan bilakah hari khiamat kita...berjaga-jaga kerana ini akan memesongkan iman kita.






Hayatilah Ramadhan yang datang dengan penuh kesyukuran, dan sentiasalah mencari keberkatan dariNya. InsyaAllah iman kita akan sentiasa ditingkatkan dan jika kita betul2 ikhlas kita akan lebih diberkati dan diletakkan disisi orang2 yang mulia dan dikasihi Allah. Penuhkanlah amalan seharian dengan sunnah2 Nabi Muhammad seperti bersahur, berbuka dengan buah tamar, bersedekah, solat tarawih dan yang paling penting jangan lupa untuk membayar zakat. Malam Lailatul kadar juga janganlah dilupakan dan sentiasalha mencarinya.




Akhir kata dari saya, jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai latihan diri untuk memantapkan iman. Masa inilah anda yang merokok boleh menghentikan tabiat yang tidak sihat ini...hehehe saya tak suka orang yang merokok kerana bagi saya orang yang merokok adalah pembunuh dan membunuh diri...so tolonglah henti bunuh diri sendiri...




sekian...

No comments:

Post a Comment