Sunday, August 2, 2009

kehidupan baruku...

Setahun aku digelar sebagai pelajar Matrikulasi Johor. Alhamdulillah aku berjaya menempuhi segala dugaan dan cabaran yang Tuhan berikan. Hm, perkara yang paling aku tidak boleh lupakan apabila 2 minggu sebelum aku ke Karnival MiKim ayah aku telah kembali kerahmatullah.(Al-fatihah buat en Safrudin) Tetapi itu tidak mematahkan semangat aku. Malah aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang supportive dan rakan-rakan yang memahami dan sentiasa berada disisi walau aku susah dan senang. Terima kasih buat rakan ku yana, enna, baie, dayah, syam, izah, peng, faiz, ijul, nuri, dan rakan-rakan yang lain kerna telah mewarnai hidupku selama setahun di matriks. Semaoga Allah membalas jasa baik kalian di Syurga nanti...
Di sini aku ingin berkongsi bagaimana pula fasa pertama kehidupan di UiTM shah alam. Pada awalnya aku tidak mahu untuk melanjutkan pelajaran dek kerana memikirkan keluarga dirumah, namun akhirnya mungkin takdir telah membawa aku ke UiTM. Minggu pertama aku agak bosan kerana orentasinya asyik2 ceramah. Tetapi dalam kebosanan itu bohong jika aku katakan tidak ada satupun keriangan yang singgah. Teringat aku pada sesi kenegaraan kendalian Pak Raden. Beliau telah membuatkan aku bersemangat untuk memperjuangkan anak bangsa dan agama dan ada juga penceramah yang menyentuh hati nurani ini untuk mengingati diri ini akan perjuangan yang mesti diselesaikan.
Kemudian aku berkenalan dengan rakan-rakan dari 1G. Hm, mereka peramah lagi ceria malah tidak henti-henti membuatkan aku x kering gusi. penat jugak kadang2 asyik tertawa. Fakulti aku berada nun auh diatas bukit yang diberi nama bangunan SAAS. Dengar ceritanya bangunan itu tidak boleh dicat gara-gara ada benda yang menjaganya. huh, seram disitu... Apa yang seronoknya belajar di UiTM buat masa ini aku tidak merasakan sebarang tekanan. pada minggu pertama sahaja aku dan rakan-rakan dari PART 1 telah menyertai pertandingan bola jaring dan walaupun kalah kami pulang dengan kalungan pingat tempat ketiga. Kami juga disajikan dengan program mentor-mentee. Hehe, teringat pada ceramah pada hari pelancaran dimana lagu tea kami adalah lagu GEMURUH nyanyian Faizal Tahir...(bukan apa teringat masa moment jadi fasilitator) Yang penting kami telah mendapat semangat baru to make defferent in our life...
apa-apapun aku mengharapkan life kat UiTM akan terus berseri dan mengembirakan....

sekian...

No comments:

Post a Comment