Tuesday, August 4, 2009

kelab kasih sayang...



Cerita hari ini dimulakan dengan makan tengah hari. Pukul 12.20 tghari aku, afzan, d'la, eija and jannah pergi makan dekat mc.D almaklumlah jannah teringin sangat nak makan after baik sikit dari demam dia. Tahniah diucapkan kepada Jannah kerana telah berjaya mencapai impian...Lalu trademark baru muncul-' soalan apa tu?' hehehe...

Lepas tu kami terus ke destinasi seterusnya iaitu ke kolej Kenanga for math class. Hm, dek kerana bas lambat maka kami adalah yang terlambat sampai ke kelas. nasib baik lecterer math tak banyak songeh. Aku masuk je kelas dia sakat cakap kitorang nak balik dah( elektrik x dek kat tingkat 1). Huhu dengan penatnya aku tak layan Mr. din sebab kalau selalu aku memberikan reaksi yang 'baik punya'. Lepas tu dia tukar kelas kami ke tingkat 2. Hm, kelas jalan macam biasa tapi yang menariknya kami tetap dapat kenakan Aiza..hehehe...kesian Aiza...

Pukul 5.30 ptg aku ngan afzan melangkah kaki ke latihan netball. Macam biasa kak ros datang dulu. Nak dijadikan kisah hari ini kak haha datang lambat sebab dia kena jaga booth kelab Penyayang.Hehe geli hati sebab dia tak sesuai 4 that club. Apalagi jadi bahanlah dia. setiap kali baling bola kat dia mesti sebut ' hah, orang sayang nak ambik bola' , ' baling bola dekat dia kena penuh kasih sayang'. Memang dia sedikit bengang dan merah muka kot. Tak cukup dengan itu dia balas dendam dekat kak ros dengan statement-' hah sportrec nak ambik bola'..hehe macam2lah diorang ni sampaikan latihan dijalankan dengan tidak berapa serius tapi seronok dapat kenakan org!!!!

Apa yang menyedihkan hari ini apabila stamina aku sangatlah lemah. Hmm, apalagi dah seminggu x latihan ( pempaham jelah kenapa )..hopefully i can recover back A.S.A.P...

sekian....

No comments:

Post a Comment