Saturday, August 15, 2009

babies day out...



Jumaat-(14/8/09) Hari ini aku dengan adik2 ku keluar pergi IOI mall nak belikan Marsya and Nurin hadiah hari jadi diorang. Huh jenuh jugak nak cari hadiah ni. Banyak benda kena ambil kira. Tak boleh beli teddy bear yang berbulu since diorang ada asmah. Tak boleh beli frame ke mug ke since diorang tu baru umur 2, 3 tahun. Hm...so jalan punya jalan jumpa lah anak patung Kura2 yang sangat cute and comel. Kami pun sepakat belikan diorang anak patung tu tambah lagi memang murah kalau nak dibandingkan dengan yang lain( huh, budak2 x boleh pegang barang mahal2). Lepas bayar tu aku perasanlah yang adik2 aku asyik pandang je teddy bear kat situ. Lalu dengan berat hatinya aku cakaplah kat diorang pilih mana yang diorang berkenan tapi yang pasti tak boleh lebih RM 30. Kalau lebih botaklah kepala aku...aduh itu satu hal pulak nanti...Nasib baik adik yang besar tak mintak. Kalau tak mau kena cucuk duit kat ATM lagi...




Lepas beli barang2 yang kami need, kitorang pun pegilah cari pot nak makan malam. aku pun suruhlah adik2 aku pilih makan kat mana. Apalagi kena ketuklah aku bila diorang mintak makan kat Kenny Rogers. Time ni lah aku rasa kenapalah KG ada kat Malaysia... Tak da kan bagus...Tapi apa nak buat adik punya pasal aku tunaikanlah. Yelah dah darah daging kan...Baik buruk tetap adik kita. Seronok aku tengok adik2 aku makan. Lagi2 AYE makan dengan penuh selera sampaikan ayam kitorang pun dia nak kebas. Huh, badan je kecik tapi perut macam lembu...Makan tak ingat orang, buruk perangai..dah tuh boleh pulak mulut penuh bercakap..ish buat malu je...Dah tu kitorang pun baliklah kerumah since takde benda lagi nak beli...




Aku sampai kolej dalam pukul 9. Lepas tu aku ajak Afzan pergi bilik Jannah kat tingkat dua ak pinjam CD Sayang you can dance(huh, cite yang sangat amat dan paling membosankan).Lepas tu aku ajak Afzan pegi tingkat 9...Sampai je kai kat atas kami sangat teruja bila dapat tengok keindahan malam di UiTM....cantik sangat!!! hmm, dah puas tengok pemandangan aku saje ajak pergi bilik Kak Ros cuz dah lama tak buli dia...(hahaha jangan marah ye kak ros) Tapi malam tu sebaliknya. Kak ros pulak asyik kenakan aku. Hampeh tol orang tua tu. Yelah mentang2 aku dah tembam, abis dia perli. Aku tak duduk dia kata aku nak kuruskan kaki. Alah tapi aku tak kisah sangat sebab memang betol pun badan ku semakin montok.hehehe...Tapi memang bestlah malam tu dia terkena gak tambah lagi si Afzan pun join buli dia...hahaha memang menangis tak berlagulah dia. Disini nak ambik kesempatan nak ucapkan tq to Afzan kerana menyertai pasukan pembuli KAK ROS!!!!TAHNIAH!!!!hahahaha...




sekian...

No comments:

Post a Comment