Thursday, December 24, 2009

dunia

Inilah peringatan
Buat diriku yang sering lupa

Dunia tak seindah di mata
Dunia bukan yang disangka
Dunia negara beda
Penuh dengan tipu daya

Inilah peringatan
Buat diriku yang sering lupa

Dunia penuh alpa
Dunia penuh gundah gulana
Dunia memang fana

Dunia penuh alpa
Dunia penuh gundah gulana
Dunia pura-pura

Dunia
Yang kecil mahu yang besar
Yang besar makan si kecil

Yang miskin nak jadi kaya
Yang kaya miskin jiwa
Yang muda hilang malunya
Yang tua lupa usia

Yang lemah malas usaha
Yang kuat tindas sahaja
Dunia tak seindah di mata
Dunia bukan di sangka

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Saturday, December 19, 2009

the princess and frog...

hari jumaat lepas aku tgk cite ni kat Midvalley megamall kat bangsar...for the first time i drove to the mall and for the first time tgk movie dok depan sekali..punyalah ramai makhluk nak tgk cite tuh...dengan bapak budak pun joint...b4 masuk tu aku dah ngantuk...masa masuk lagilah aku ngantuk cuz cite cartoon kan...tapi cite tu buat aku celik je sepanjang masa walau aku berlakon yg aku tido kat adik aku nak membuktikan yg akux suka tgk cartoon..

cite tu ada byk suprise...meaning that graphic dia sgt lawa n aku suka tgk the colour of the story..gorgeous!!! menarik..interesting...best...and enjoyfull..but satu benda je masalah cite tuh..banyak sgt nyanyi..memg sesuai ngan budak. org macam aku ni susah skit nak terima. lainlah kalau orlando bloom yang berlaon. tak pun 'jack sparrow' aku yg berlakon..barulah aku nak tgk sebab diorg tu jarang nak nyanyikan depan khalayak...

but overall i can says that its a good pic for those yang nak tgk movie for fun or just nak bermain dengan imagination....dari 5 bintang aku bg 4 lah..oklah tu kalu nak dibandingkan dgn pisau cukur yg lagi Oh MY GUCCI!!!

Monday, December 14, 2009

hidup ini...

kadang-kadang kite tak perasan kita terlampau obses dengan sesuatu. kadang-kadang kita katakan itu adalah cinta. kadang-kadang itu adalah sayang dan kadang-kadang kita katakan itu adalah tangguungjawab..tapi persepsi itu bergantung pada situasi dan pandanga masing-masing... Cuma apa yang saya pelik adalah apabila ada orang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai atau mendapatkan apa yang dia mahukan tanpa berfikir panjang..ukan kita nak katakan yang mereka ni cetek akal or tak berilmu sebab kadang-kadang ada juga mereka yang dari golongan berilmu pun tidak mampu menggunakan satu-satunya nikmat dari illahi yang agung buat kita..yang membezakan antara manusia dan haiwan..haiwan ada perasaan sama seperti manusia tapi manusia ada akal dan haiwan tidak...


Bila kita berkata mengenai obsesi..kita mampu melakukan apa sahaja..bukan saya hendak mengutuk tapi sekadar mahu menceritakan pengalaman dan pendapat...misalnya ada orang yang obses dengan warna merah..mereka sanggup bergadai wang dan harta demi warna tersebut dan memiliki apa yang dimahukan..ada satu family tu saya tengok suaminya sanggup duduk dalam rumah yang serba serbi merah demi menjaga hati dan menghormati minat si Isterinya...ini yang saya puji dimana seorang lelaki sanggup ketepikan egonya demi menjaga hati isteri dan menunaikan janji dan saya percaya beliau turut membahagiakan isterinya dan cinta mereka cukup agung..yelah mana ada org sanggup duduk dalam warna merah kesemuanya dan berjalan dengan memakai pakaian serba merah..susah untuk kita jumpa 1 dalam 1000...


Cuma apa yang saya bimbangkan adalah apabila seseorang itu obses pada cinta..obses pada seseorang yang dia cintai..memang pada dasarnya kita akan katakan wujud lagi ke orang macam itu..memang wujud malah it's getting worst...ada yag sanggup menggadai nyawa kerana cinta..hmm memang benarlah bila kita katakan cinta ke hujung nyawa tapi bukanlah sampai menggadai nyawa hanya kerana ingin mendapatkan cinta sejati...kadang-kadang pelikkan orang macam ni..macam tak ada otak untuk berfikir dan macam tak ada iman dan agama...cuba kita serahkan pada takdir atau cuba kita percaya pada janji tuhan...percaya pada jani ALLAH...bila kita obses ia seperti kita tidak percaya dengan ketentuan tuhan...misalnya ada satu cerita dimana seorang wanita sanggup menggadaikan nyawa sahabatnya untuk mendapatkan cinta dari lelaki pujaannya...pelik dan jelikkan kalau difikirkan dengan mata hati yang tajam...seolah olah wanita yang cantik paras rupanya dan lemah lembut orangnya ini telah hilang kewarasan akal fikiran dan buta mata hati...

jadi cuba kita renungkan sejenak..layak ke kita nak mencintai seseorang sepenuh hati sedangkan kita tidak mampu menyayangi adik beradik kita??layakkah kita mencintai seseorang tanpa kita mencintai bonda dan ayahanda sepenuh hati??? layakkah kita bercinta dengan seseorang jika kita tidakmampu mencintai Nabi??? dan adakah kita benar-benar layak untuk menikmati kebahagiaan bercinta jika kita tidak mampu sedikitpun menghayati cinta dari Illahi???

renungkanlah....

Wednesday, November 25, 2009

hmmm....

hmm nak cite apa ye kali ni?? hmm cite pasal raya haji..
neway selamat menyambut hari raya aidil adha buat sume umat islam didunuia...
konpius aku nak raya kat mana.yelah antara perasaan ibu n sedara..ofcourse mak dulukan..tapi entahlah...

semalam aku ada tgk cite 2012...wuhu best gile suka sangat tgk effect dia..hebat gle macam mana lah dia bole bayangkan mcm tu sekali...tengok cite tu aku insaf sekejap..pk kan memg dunia ni nak kiamat..apa yang terjadi dalam cite tu kebanyakannya sama macam apa yang dah berlaku kat PADANG indo...ada jugak cite-cite dia yang masuk akal but ending dia je yang membezakan antara orang islam n orang kristian ur yahudi cuz dalam cite tu masih ada yang idup..so jangan ada pulak yang terpengaruh..kite kena percaya pada kejadian tuhan k...

hmm minggu lepas sepupu aku and family dia datang M'sia..dia dari singapore...yang tak bestnyer diorg datang sehari jer..baru nak bermanja-manja dah balik..tapi masa yang ada diluangkan dengan baik...thanks neway....

sekian...

Saturday, November 21, 2009

kursus etika dan pengurusan integriti...










salam...




dah lama dah tak update blog aku ni...sory 4 those yg menantikan cite baru...




hmm aku baru balik dari kursus kat perak...kursus etika polis...penat tu adalah sikit tapi rasanya tak sepenat masa induksi...hmm kami bertolak pada 16 nov pukul 1 ptg.. b4 tu malam perjumpaan aku dikejutkan dengan kenaikan pangkat dari org biasa kepada ketua platun wanita...mak aih tak sangka doh...ni sume keje en. bad r.... aduh satu lagi dapat tahu yang aku dapat A dalam exam SUKSIS...huhu macam2... pastu sampai je sana memg best bile bilik dia macam hotel...dengan aircond n mcm2 lg...pastu 8tiviti dijalankan oleh tuan Rahman...yang paling menyakitkan ati bile si FUAD yang bodoh tu telah membuat statement yang aku ni pemarah!!! pergh memg naiklahkan darah ke muka..nasib baik tuan rahman kata dia tak dapat nak buktikan yang aku ni pemarah..mana taknya aku tak pernah marah dia...kalau tegur pun cara baik....apa punya manusialah dia ni...dah tu dia tak perasan ke yang satu skuad memang tak suka kat kau doh!!!org sume dah benci kau tapi kau boleh buat2 tak tahu and buat muka kau yang menjengkelkan tu...kata je dah pergi mekkah 3 kali tapi macam tak pernah pergi...patutnya kalau dah pergi mekkah tu perangai dah berubahlah...ni tak macam taik jugak!!nasib akulah dapat satu group ngan kau...nightmare do.....ish kalaulah aku boleh lari ke group lain masa tu kan bagus....tapi kau sekadar manusia yang merosakkan mood sume org..yg penting kami masih seronok....yang aku tak boleh lupa bila shakilla tertelan ubat gigi bile dia dengar sore aku bersyair....yes betol dia tertelan....hahahaha memng malam tu bile present kat depan kitorang asyik ketawa je....lepas abis tu sume tepuk bukan sebab sedap tapi sebab kelakar sangat...aduh memang pecah perutlah kami ni.....masa makan lg lah...kami ber4 memg duduk 1 mejaje selalu...memg bile time makan je shakillah mesti tersedak...takpun dia akan tercekik sebab ketawa...lg2 bile kata pasal kutu yang berterbangan...satu malam tu aku nampak muka shakilla amat sangat tensen...aku tau kenapa tapi tak dapat nak ceriakan dia...kesian dia....tapi aku memg suka cara dia yang menangani tensen dia dengan baik....ajan plak tak abis2 ngantuk...hahahaha

Saturday, November 7, 2009

habatnya si pisau cukur...




huhu... jumaat lepas aku ngan ajan pergi tengok cite pisau cukur!!!!
hebat gile cite tuh..pada mulanay macam tak yakin nak laburkan duit tuk cite tu..tapi lepas tu aku memang tergamam tengok cite tuh...
mana taknya penuh dengan gelak tawa...yang paling berkesan sekali si Intan yang di lakonkan oleh Fazura...berkesan beb!!memang tabik spring r...tak kurang jugak si Bella lakonan maya karin yang memang aku puja sejak dulu...dia dah buktikan kebolehan dia dimata semua apabila berjaya bawak watak komedi...CAYALAH!!!! bagi sesapa yang tak tengok lagi..pergilah tengok sebab pelaburan anda berbaloi!!!
TAHNIAH BERNARD and rafidah yang telah merialisasikan filem tu walaupun pada awalnya macam ada masalah.....Tahniah si PISAU CUKUR!!!!





p/s: oh my Gucci!!!!