Saturday, June 19, 2010

kesedaran dalam diam...

hmm aku semalam baru balik dari kerja kawin cousin aku..hmm banyak benda yang aku belajar..belajar untuk tidak berkira apabila bekerja..tidak berkira atau kita katakan kedekut dengan sedara sendiri dan belajar untuk menjadi lebih rajin..

yup aku puji sedara2 aku yang ada masa tu..sume org bergotong royong nak siap kan sume benda event tak kenal pun kiri n kanan tu sape..dah lama aku tak tengok benda2 macam ni..sekali sekala ada kerja kawen barulah aku tgk benda2 macam ni..but if not hmm hampeh je semua..tu yang aku heran tapi aku faham itu adalah lumrah manusia...biasa r...
yang seronoknya bila dapat jumpa semua sedara mara kat majlis tu..yang dah lama tak jumpa dapatlah aku lepaskan rindu..tapi ada gak yang tak mau bertandang dengan alasan kereta rosak..come onlah takkan dah besar jadi mak orang pun perangai cam taiik je!!!hmm lepas tu cakap alah mak dah wakilkan..hampeh tol...so neway aku masih tersekat di MUAR untuk beberapa hari...nak lepas kan rindu ngan anak buah..oklah blah dulu..daa..

Sunday, June 13, 2010

result oh result...

hmm setelah berhempas pulas dok usaha membukak Student Portal semalam akhirnya telah ku temui result sem 2..DAMNNN menghampakan sungguh..tak sangka result aku se'hebat' itu...hmm tapi padan r dengan muka aku sendiri...blaja tak ingat tapi yang igt keje2 lain...hmm apa pun malas nak fikir dah kejatuhan dari 3.85 ke 3.17...huh jatuh kedebuk aku ni....hampeh tol lah....tapi credit to my friend afzan yang berjaya mengekalkan rentak dia...tapi kita tak boleh terus salahkan takdir..and jangan selalu berputus asa..kerana life must go on and we have to be that person who never give up...so DON'T give up SAF...

so for future sake please help ur self and must organize ur life carefully sayang...
to my friends tahniah kalau anda berjaya tapi jangan terlampau berada di awan dek kerana kejayaan anda...kerana kejayaan itu tak akan kekal selamanya tanpa usaha yang mampan..and those who failed to achive a flying colours result..la tahzan! kerana kesedihan perlu untuk menguatkan diri menghadapi hidup yang menanti..kengkawan bersedihlah hanya seketika kerana jika kesedihan diiringi keinsafan Allah akan menjanjikan kebahagiaan dimasa depan..dengan syarat kita tidak berputus asa dan tidak mudah menyalahkan takdir..anggaplah semua yang kita lalui sebagai pengajaran dan pembelajaran...ingatlah setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..so go on your life with a batter afford.....

Monday, June 7, 2010

lagenda budak setan...

hmm hari ni nak post pasal cite lagenda budak setan...
nak dijadikan cerita aku and en. fatih yang sengal telah ke IOI mall 4 watching LBS yang dikatakan best....hmm pada aku cite dia biasa je..baik diorg buat cerekarama ur drama...mana tak nye for the first time aku rasa cerita 1 jam 15 aku rasa macam 2 jam kat dalam panggung...
mula2 cuba fikir logik x logik korg tercekik cicak sedangkan kalau kita minum kompem kau rasa dah dari awal there is creatures in it...hmm itu satu...kedua aku x brapa nak kenan ngan AYu yang dengan mudah boleh Fall In LOve ngan si kasha...huh wujud lagi ke benda macam tu dalam dunia ni..maybe yes n maybe not..ada lagi...yang pompuan tu tetiba kata dia nak muka baru asal...bukannya salah dia 100 %..hem yang lagi menyedihkan dah lah xcident, pastu muka hancur, kawen ngan binatang, hilang ingatan, lepas tu mati lepas lahirkan baby pertama...mak aih!!!such a Pathethic.....sampai macam tu skali ahadiat akasha fikir pasal pompuan...hmmm kalau lah dia takdirkan sume pompuan macam tu abis sapa yang nak jadi ibu yang baik....pluss aku rasa ending yang ditulis ' berakhirlah bahagian pertama'( if i not mistakenlah).aku rasa lepas ni mesti x dek org tgk sambungan nya...terutamanya akulah kan..korg blanja pun aku x mau..nasib baiklah fatih yang blanja..kalu x mmg aku frust menonggeng bila tgk cite macam tu..
anyway thanks to fatih yang blanja aku tgk cite tu..u r my best buddy r kan..aja aku makan sushi...tak reti sangat makan sushi..hehehe masak sushi reti...neway today masak spegetthi...rata2 komen- pedas, tak banyak daging...but bila aku rasa there is something wrong with the mashroom...so lepas ni pengajaran buat semua jangan guna mashroom dalam tin ye....
hmm nak kongsi sikit kesibukan lepas ni..rasa sebersalah bila 11 jun x dapat join reunion kat PD..sorry FAC KMJ...but kene buat something lebih important, 19 Jun cousin aku kawen kat JB 16 dah kene pg sana..tak pun 17 JUn..hmmm sebersalah gak cuz nak kena cari sponsor for our program 15 jun..hmm takut can't make it..20 Jun nak pg cameron..ni pun tak kompem lg..almaklumkah duit x masuk lg...hmm lepas tu 22nd ni jumpa ngan suma committe..lepas tu buat road show kat sume U....lepas tu ada lg on 1 julai kena ready for pengambilan baru tuk SUKSIS...my GOD please help me on this....Money is Everything plus friends is what we need..so for those yg read this blog n all my friends yang mencari gua..mintak maaf on that date aku busy..doakanlah program aku berjaya n program kitrg menang....hmmm love u guys who all ways support me....MUAHHHHH

Thursday, June 3, 2010

kedai buku yang gile!!!



huh semalam bersamaan 3 jun aku pergi ke kedai buku kat PJ ngan sorang kawan aku yang sangat sengal....Al Fatih...tak abes2 nak kenakan aku ngan sorang mamat ni...hmm pepeje lagipun ADA AKU KESAH!!!hahaha.... yang penting nak cerita ni yang aku gi kedai buku ni yang dikatakan tawarkan hadiah yang sangat rendah..pada mulanya aku tak caya..tapi lepas je tgk..aku dok belek2 harga tu 2 3 kali..mmg betol beb harga dia murah gile....sebijik plak tu ngan kat kedai buku lain...mmg jahat dia baru bawak aku kat situ semalam....jom datang ramai2 ke kedai tu..


nama : book xcess..


tempat: amcorp Mall, PJ.


ni ada gambar aku skalikan tok u all tgk...

check this out

zooming1malaysia.blogspot.com

salam kembali...

hai..
dah lama x update blog saya ni kan..sorry to all my followers...sibuk sangat saya ni sampai x terupdate...
well kita mulakan cerita kenapa saya sibuk k...hmm pada mulanya saya tak sangka yang saya akan terpilih untuk dua post yang besar..
1- timbalan ketua skuad untuk suksis
2- seketeriat khas untuk ABACCS.( faculty's assosiation)
fuhh memang tak sangka...jadi bila tanggungjawab dah besar keje pun jadi berlambak r kan...pada mulanya cool je..tapi lama kelamaan bertambah kerja...mula start sibuk bila Timbalan dean panggil tuk bantu buat paperwork for 1 competition dengan kerjasama Media Prima Bhd. buat punya buat tak sangka yang saya punya paper work terpilih tok 11 finalist untuk dinilai. memang x sangka sangat. Tapi at last diorang cakap program dalam paperwork tu kena buat. Ah!!sudah satu hal nak kena cari committe..tapi alhamdulillah saya ada kawan2 yang sentiasa membantu dan sentiasa support saya. Saya banyak ponteng kelas.Ada yang marah cakap saya asyik pentingkan kerja sampingan nak dibandingkan dengan pelajaran. maybe saya memang macam tu kot.hehe....
Next, saya nak kongsi sikit cerita masa saya masuk hutan for Kursus Asas Pengenalan Pasukan Gerakan Am (PGA). Kem skuad saya agak berlainan apabila kami terus berada di camp site berbanding b4 ni diorg pergi cheras dulu..nak dijadikan cerita sampai je kat Ulu Yam kami semua kena lari dan berjalan sejauh 5 km dengan cuaca yang terik and beg disandang...huh mencabar beb. mau taknya kaki saya sampai cramp..malu jugaklah dengan diorg ialah saya kan pen. ketua, sepatutnya kena tunjukan yang the best. tapi itu tak mematahkan semangat saya. sampai je kat camp site saya kami terus masak n pasang khemah. penat tu mmglah tapi kalau layan penat mmg tak terpacaklah khemah kami. lepastu kami diarahkan untuk membersihkan diri dan bersihkan kawasan kelas. hari pertama tak banyak sangat aktiviti...second day kami bangun pagi dan bersenam..macam biasa lari dan lari dengan boot yang berat. bukan x da stamina but boot tu pun antara musabab kami ada yang patah semangat. lepas tu kami blajar cara gunakan kompas dan peta. the next day bermulalah detik itam...saya x berapa sehat. muntah2. terpaksa rehat dan tidak ikut PT pagi. lepas tu saya turut tak pg kelas pg tu..huh betapa ruginya. jurulatih saya ada lagi kata saya tak boleh ikut aktiviti petang tu. maunya saya x ikut. petang tu saya gagahkan jugak diri bangun dari katil yang 'sedap' tu dan ikut aktiviti. Macam biasa diorang amatlah risau dengan saya. muka pucatlah. nampak tak laratlah. Tapi saya redah jugak..hmm akhirnya hujan dan saya demam yang amat panas sangat hari tu. Nasib baik ada Afzan. my best buddy yang tolong..itulah demam saya yang paling teruk...lepas tu nak dipendekkan cerita malam terakhir saya tak dapat ikut survival sebab saya bulan mengambang...hmmm nasib2...hampeh tol kan....

k lah nanti kita story lg...
sekian...