Thursday, June 3, 2010

salam kembali...

hai..
dah lama x update blog saya ni kan..sorry to all my followers...sibuk sangat saya ni sampai x terupdate...
well kita mulakan cerita kenapa saya sibuk k...hmm pada mulanya saya tak sangka yang saya akan terpilih untuk dua post yang besar..
1- timbalan ketua skuad untuk suksis
2- seketeriat khas untuk ABACCS.( faculty's assosiation)
fuhh memang tak sangka...jadi bila tanggungjawab dah besar keje pun jadi berlambak r kan...pada mulanya cool je..tapi lama kelamaan bertambah kerja...mula start sibuk bila Timbalan dean panggil tuk bantu buat paperwork for 1 competition dengan kerjasama Media Prima Bhd. buat punya buat tak sangka yang saya punya paper work terpilih tok 11 finalist untuk dinilai. memang x sangka sangat. Tapi at last diorang cakap program dalam paperwork tu kena buat. Ah!!sudah satu hal nak kena cari committe..tapi alhamdulillah saya ada kawan2 yang sentiasa membantu dan sentiasa support saya. Saya banyak ponteng kelas.Ada yang marah cakap saya asyik pentingkan kerja sampingan nak dibandingkan dengan pelajaran. maybe saya memang macam tu kot.hehe....
Next, saya nak kongsi sikit cerita masa saya masuk hutan for Kursus Asas Pengenalan Pasukan Gerakan Am (PGA). Kem skuad saya agak berlainan apabila kami terus berada di camp site berbanding b4 ni diorg pergi cheras dulu..nak dijadikan cerita sampai je kat Ulu Yam kami semua kena lari dan berjalan sejauh 5 km dengan cuaca yang terik and beg disandang...huh mencabar beb. mau taknya kaki saya sampai cramp..malu jugaklah dengan diorg ialah saya kan pen. ketua, sepatutnya kena tunjukan yang the best. tapi itu tak mematahkan semangat saya. sampai je kat camp site saya kami terus masak n pasang khemah. penat tu mmglah tapi kalau layan penat mmg tak terpacaklah khemah kami. lepastu kami diarahkan untuk membersihkan diri dan bersihkan kawasan kelas. hari pertama tak banyak sangat aktiviti...second day kami bangun pagi dan bersenam..macam biasa lari dan lari dengan boot yang berat. bukan x da stamina but boot tu pun antara musabab kami ada yang patah semangat. lepas tu kami blajar cara gunakan kompas dan peta. the next day bermulalah detik itam...saya x berapa sehat. muntah2. terpaksa rehat dan tidak ikut PT pagi. lepas tu saya turut tak pg kelas pg tu..huh betapa ruginya. jurulatih saya ada lagi kata saya tak boleh ikut aktiviti petang tu. maunya saya x ikut. petang tu saya gagahkan jugak diri bangun dari katil yang 'sedap' tu dan ikut aktiviti. Macam biasa diorang amatlah risau dengan saya. muka pucatlah. nampak tak laratlah. Tapi saya redah jugak..hmm akhirnya hujan dan saya demam yang amat panas sangat hari tu. Nasib baik ada Afzan. my best buddy yang tolong..itulah demam saya yang paling teruk...lepas tu nak dipendekkan cerita malam terakhir saya tak dapat ikut survival sebab saya bulan mengambang...hmmm nasib2...hampeh tol kan....

k lah nanti kita story lg...
sekian...

No comments:

Post a Comment