Friday, September 18, 2009

selamat hari raya aidilfitri...



Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin..
maafkan salah silap jika ada dari hujung rambut sampai ujung kaki...semoga raya tahun ini memberikan kebahagiaan kepada kita... Tapi jangan lupa pada ramadhan yang bakal meninggalkan kita. Kalau kita dengar cerita para sahabat, mereka akan menangis apabila ramadhan meninggalkan kita. Begitu kuat iman mereka. Tapi kita kini, sangat teruja meninggalkan ramadhan. Malah ada juga yang meninggalkan amalan2 yang patut dilakukan seperti terawih, derma dan sebagainya...Ya Allah semoga kau ampunkan segala dosa mereka..


Ingat jika nak balik kampung, pastikan kereta anda telah diservis...tayar, minyak itam, air, bateri semuanya cukup. Kalau ngantuk tu berhentilah sekejap...bukannya makan banyak masa pun kalau nak dibandingkan dengan masa lama dok hospital jika benda yang tidak diingini berlaku...


sekian...

Tuesday, September 15, 2009

aku gembira...



Pada 15 Sept 2009, aku, ajan, eija,jan, d'la, arul and Mr. G..hmm happy sangat sebab dapat tgk diorng happy..klaka pun ada bila arul buat hal...bayangkanlah arul makan masa bukak puasa macam org dah seminggu tak makan.boleh tak dia abiskan kulit ayam dari piggan afzan..huh memang dasat gile.









Aku bukan nak kata pelah kan tapi entah kenapa malam tu aku macam bukan aku..tak banyak cakap n macam memalu. maybe ada Mr.G kot..Im confius lah..dia ni betul ke tak? i mean betul ke tak dia suka kat aku or dia just nak mendekati kitorang yang happening ni..hehehe


















masa kitorng kat Sunway Pyramid tu masa nak balik tetiba kereta aku buat hal. huh buat malu je. kesian diorang tak dapat pergi uptown..hmm tapi nasib baik aku bertindak cepat bila mintak tolong kat abg sorang ni. Alhamdulillah kereta aku boleh idup balik even kena tunggu dekat 1 hour nak tunggu kawan dia tolong kitorang..Itulah orang Malaysia yang sanggup tolong tanpa harap sebarang pembalasan. buktinya masa aku suruh arul bagi duit kat abg tu dia menolak and kata dia tolong kerana ikhlas....Time kasih Abg!!!

Sunday, September 13, 2009

bila raya datang menjelma...

Hmm...raya dah nak dekat. Sedar tak sedar Ahad ni dah raya..Kalau orang lain happy nak dekat raya tapi aku tak.Entahlah maybe sebab aku telah dtakdirkan begini..Tahun ini tahun pertama aku beraya tanpa ayahanda disisi. Tak tau macam mana nak gambarkan rasa hati. Sejak Abah pergi macam2 berlaku. Sampaikan aku hampir rebah tak terdaya untuk berdiri diatas kaki sendiri..Sampaikan aku tak terdaya untuk teruskan perjuangan mengumpul ilmu didada. Tapi setelah didesak oleh rakan2, mak cik dan kenalan bonda aku teruskan jugak sambung study and Alhamdulillah aku dapat di UiTM shah alam. Dekat sikit ngan family so apa2 aku tak yah nak risau about distance...

Tapi apa yang ada dalam benak aku sekarang ialah macam mana aku nak hadapi raya akan datang. Hm sebagai seorang anak aku bertanggungjawab meleraikan krisis yang berlaku. Lagi2 aku anak sulung dalam family yang tak ada lelaki untuk melindungi. Tapi masalahnya aku tak sanggup tengok bonda menangis, kecewa dan benci pada aku. Apa yang aku paling tak boleh nak hadapi bila dia tahu realiti dari mana aku dapat duit nak blanja baju raya tahun ni. Ya Allah aku menangis lagi...Aku tak sanggup menghadapi semua dugaan ini lagi ya Allah. aku takut aku rebah dan tidak mampu langsung untuk bangkit kembali..Orang yang selama ini menjadi pendorong semangat ku sudah tiada. Bukan pergi buat selama-lamanya but terlalu benci untuk melihat wajahku dek kerana krisis yang melanda antara keluarga..Tapi bukan salah ku. Bukan juga salah bondaku. Apa yang berlaku adalah kerana salah faham dan tusukan lidah tidak bertulang dari manusia yang tak tau beza dunia dan akhirat. Sebab kan dialah semua ini berlaku. Entahlah aku tak tau pokok pangkal cerita. Yang aku tau bila balik dari Matriks benda ni dah berlaku..

Mungkin tahun ni aku masih ada kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Tapi macam mana dengan tahun2 akan datang. Adakah mampu untuk aku menceriakan suasana rumah. Mampukah aku menyara adik2 yang masih bersekolah..Aku dah membuat keputusan, biarlah perit sekarang hidupku ini untuk pastikan adik2ku berjaya dan bondaku hidup dengan tenang. Aku akan bekerja sambil belajar. Bekerja apa aku tak pasti tapi yang pasti aku kena bersedia dari sudut kewangan dan mentaliti.

Aku menulis luahan hati ini bukan untuk meraih simpati tetapi untuk meluahkan apa yang terpendam di hati yang tak mampu untukk aku luahkan. Tambah perit bila lelaki cuba untuk mempermainkan perasaan aku. Entahlah mungkin selepas ini susah untuk aku buka pintu hati ini untuk terima lelaki dalam hidupku. Biarlah orang nak kata apa asal yang penting ibu dan adik2ku bahagia dunia dan akhirat...Mungkin ini takdir tuhan buatku...aku pasrah dan moga Allah ampunkan segala dosaku ini...Hanya padaMU tempat ku mengadu YA RABBI

sekian...

Saturday, September 12, 2009

buka puasa SUKSIS...










Hari ini suksis ada buat majlis berbuka puasa bersama dengan pegawai dan jurulatih setiap skuad..pada awalnya aku rasa macam malas nak pergi tapi bile pk balik tak baik pulak kalau aku tak pergi and aku pun dah bayar untuk majlis tu...so aku pun pergi lah..aku ditugaskan datang pada pukul 3 untul pukul 6 ptg..tak penat sangat sebab aku tak banyak buat kerja..sempatlah aku rakam gambar2 skuad aku...











































Friday, September 11, 2009

indahnya dunia ini tampa dia disisi...





Hehehe... hari ni first time ajan pakai selendang...
nak gelak pun ada gak tapi ttp bg support kat dia...



Semalam aku pergi bukak pose ngan kengkawan @ anak2 aku kat sek 2 dengan dak laki skali. termasuklah Fauzi...ish memang habis aku dikenakan mereka...
yang paling aku terkejut skali bile dia belikan aku puding caremel...Huhu aku makanlah malam tu but tak sedap sebenarnya...sorrylah tapi aku abeskan...yelah org dah kasik kan...



sekian...

Monday, September 7, 2009

im now single...

Hm baru je tadi aku break up dengan my special friend..Hm pada mulanya sedih cuz dia tak kata pe2pun..even when i said that aku x nak g special ngan dia dia just replied ok...nampak sangat dia tak ikhlas...hampeh nye mamat...dia telah menyebabkan aku fikir yang lelaki semuanya sama jer!!!! mula2 masa nak mintak couple bukan main lg... tapi bile dah couple aku diperkotakkatikkan...taik betol!!!!

Lepas dengan dia aku rasa macam pintu hati aku ni aku nak tutup 4 guys yang tak guna!!!! sory bukan nak berdiskriminasi but kalau dah dua kali aku kena benda yang sama x salah kalau aku kata macam ni.. nak kata aku layan dia x baik..aku dah cuba sehabis baik but not sampai gadaikan maruah...

Sekarang ni memang tengah rasa sedih but nak buat macam mana dah jodoh tak panjang...Mungkin lepas ni sukar aku nak terima lelaki dalam hidup...as a friend yes but as special ones sorry maybe susah....

sekian...

Saturday, September 5, 2009

berbuka puasa di melaka....








hmm pagi sabtu tu aku macam biasa pergi ke SUKSIS... mengantok gile memandangkan aku tido pukul tiga b4 tu....huh dah r kelas law-akta polis...huhuhu salin nota jelah aku....lepas kelas tu kitorang ada meeting 4 majlis aidilfitri. Huh seronoklah meeting ngan diorang tak ada banyak argument...Masa tengah2 meeting tu Kak Anne tetibe kol ajak pergi Melaka yang pada mulanya tak jadi nak pergi...Huhu memang ati dan perasaan aku meronta2 nak pegi r kan masa tu...lepas deal ngan kak anne aku pun kol kak z kata aku x pergi...saje je nak suprise kan dia!!!


Lepas suksis aku terus pergi ke KTM ngan AFZAN..huhu sesak gile orang dalam tu...sampai macam x leh nak bernafas dengan orang pakai baju 'oren' gi..aduh memang penat...resah dan panas! sampai je kat Angkasapuri aku pun tunggu kat bus stop. 4 the first time aku tunggu 1 hour n 15 min...aduh naik kematu punggung ni..nasib baik tumpang..hehehe

sesampai je kat Melaka tu @ hotel Puteri, Aku berkenalan dengan kak pah yang kecoh lagi best...lepas tu aku ternampak group kak z...huh apelagi dia terkejut gile jumpa aku!!!yes berjaya terkejutkan dia!!!!hm kitoran pun makan2 n makan sampai x larat. Tapi kesian kat kak pah n kak anne sebab makan char kuew taiw je...huh bayangkan mee tu berharga RM 24...huhu dasat gle... lepas tu kitorang borak3 n banyak berkisar pasal gersang abg hanin...huh diorang ni memang gile2...malam tu asyik gelak je...penat pipi gelak...hmm semoga hubungan sperti ni berkekalan 4 ever

Thursday, September 3, 2009

bukak pose ngan dak matriks...







hmmm aritu min, n bobo ajak aku ngan baie bukak pose sesama kat mc d...
memandangakan bobo the only 1 gentlemen kat situ aku suoh r dia ajak ammar... Alhamdulillah ammar pun join....

Sempatlah aku rakamkan beberapa gambar kat mc d tuh.....

hari paling terok sekali....




3 sept 2009-Bangun je pagi tu aku terus bergegas ke bus stop tok pegi kelas bell awal pg. dalam pukul 8.30..aleh2 nampak r bus UiTM tertera laluan E. dah tu kitorang bacelah kat papan kate laluan E pegi perindu since kelas kat kenanga..hm naik r dengan bangganya!!! tapi aleh2 kitorang tengok bus nak kuar. Ah sah sah lah bus tu pegi INTEC.. hm alamatnya memang kitorang miss kelas bell tu.


Dah tu aku ngan Afzan decide nak pegi Bank Islam since dia punya kad rosak ( actually salah pin ). kitorang sampai dalam pukul 8.45 pg kat bank tu. hmm lama jugak tunggu bank tu bukak sebab pak guard tu kata bank bukak pukul 9.30 pg...naik kematu punggung aku. dah setel hal kat bank kitorang pun pegilah fak nak anta borang ASIM. aleh2 baru aku perasan yang aku tak bawak photostat ic. huh lagi satu masalah. then masa tengah jalan tetiba dapat mesej dari Eija kata ada kelas math sekarang!!!! aduh aku ngan Afzan pun berlari ke Kenanga.. bukan apa kitorang ada presentation pagi tu. hmm dah lah kitorang tak join masa diorang buat math tu sebab nak siapkan CTU. melampaulah kalau presentation pun tak datang... sesampai je kat kelas tu...terus letak beg n present.. terpinga2 gak aku sebab aku memang tak blaja langsung bab limit ni. kang kalau diorang tanya macam2 mampos aku!!!!


Lepas presentation aku n group presentation dak laki lak.. Hah ni lagi satu masalah...mana taknye diorang asyik kenakan aku ngan Mr.g je...adoi entah betol ke tak dia suka aku aku bukannya tau.....kang ada dia kata aku syok sendiri...ish malu nanti...hmm entahlah nak kata suka kat dia, aku dah berpunya...nak kata tak macam nak nafikan yang aku tak suka dia....ARGHHHHH bingit kepala ni...

Enough about lelaki...hmm ari ni aku pakai baju batik UiTM..diorang ajak pegi sek 7 lepas kelas.. aku pun follow r walaupun malu nak pakai baju tu....hmm kesian kat jannah n dila diorang nak makan popiah basah....aleh2 dapat popiah basah tapi inti kentang....kuang3...

sekian...