Sunday, September 13, 2009

bila raya datang menjelma...

Hmm...raya dah nak dekat. Sedar tak sedar Ahad ni dah raya..Kalau orang lain happy nak dekat raya tapi aku tak.Entahlah maybe sebab aku telah dtakdirkan begini..Tahun ini tahun pertama aku beraya tanpa ayahanda disisi. Tak tau macam mana nak gambarkan rasa hati. Sejak Abah pergi macam2 berlaku. Sampaikan aku hampir rebah tak terdaya untuk berdiri diatas kaki sendiri..Sampaikan aku tak terdaya untuk teruskan perjuangan mengumpul ilmu didada. Tapi setelah didesak oleh rakan2, mak cik dan kenalan bonda aku teruskan jugak sambung study and Alhamdulillah aku dapat di UiTM shah alam. Dekat sikit ngan family so apa2 aku tak yah nak risau about distance...

Tapi apa yang ada dalam benak aku sekarang ialah macam mana aku nak hadapi raya akan datang. Hm sebagai seorang anak aku bertanggungjawab meleraikan krisis yang berlaku. Lagi2 aku anak sulung dalam family yang tak ada lelaki untuk melindungi. Tapi masalahnya aku tak sanggup tengok bonda menangis, kecewa dan benci pada aku. Apa yang aku paling tak boleh nak hadapi bila dia tahu realiti dari mana aku dapat duit nak blanja baju raya tahun ni. Ya Allah aku menangis lagi...Aku tak sanggup menghadapi semua dugaan ini lagi ya Allah. aku takut aku rebah dan tidak mampu langsung untuk bangkit kembali..Orang yang selama ini menjadi pendorong semangat ku sudah tiada. Bukan pergi buat selama-lamanya but terlalu benci untuk melihat wajahku dek kerana krisis yang melanda antara keluarga..Tapi bukan salah ku. Bukan juga salah bondaku. Apa yang berlaku adalah kerana salah faham dan tusukan lidah tidak bertulang dari manusia yang tak tau beza dunia dan akhirat. Sebab kan dialah semua ini berlaku. Entahlah aku tak tau pokok pangkal cerita. Yang aku tau bila balik dari Matriks benda ni dah berlaku..

Mungkin tahun ni aku masih ada kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Tapi macam mana dengan tahun2 akan datang. Adakah mampu untuk aku menceriakan suasana rumah. Mampukah aku menyara adik2 yang masih bersekolah..Aku dah membuat keputusan, biarlah perit sekarang hidupku ini untuk pastikan adik2ku berjaya dan bondaku hidup dengan tenang. Aku akan bekerja sambil belajar. Bekerja apa aku tak pasti tapi yang pasti aku kena bersedia dari sudut kewangan dan mentaliti.

Aku menulis luahan hati ini bukan untuk meraih simpati tetapi untuk meluahkan apa yang terpendam di hati yang tak mampu untukk aku luahkan. Tambah perit bila lelaki cuba untuk mempermainkan perasaan aku. Entahlah mungkin selepas ini susah untuk aku buka pintu hati ini untuk terima lelaki dalam hidupku. Biarlah orang nak kata apa asal yang penting ibu dan adik2ku bahagia dunia dan akhirat...Mungkin ini takdir tuhan buatku...aku pasrah dan moga Allah ampunkan segala dosaku ini...Hanya padaMU tempat ku mengadu YA RABBI

sekian...

No comments:

Post a Comment