Sunday, August 30, 2009

kak z ku sayang...

Aku ada sorang senior citizen yang sangat kelakar and dia sangatlah sekepala ngan aku...hehehe kitorang kenal masa jadi fasilitator kat KMJ. Kirenya dia ni senior yang tak pernah jumpa b4 ni. Masa mula-mula dia datang first side aku nampak dia macam sombonglah sikit...(hehehe, jangan mara ye kak z) tapi kata orang tu betullah tak kenal maka tak cinta. lepas kenal dia terus kitorang kamcing macam isi dengan kuku walaupun kuku kitorang tak sama. hahahaha....


Percaya tak kalau aku kata aku hanya kenal dia dua hari sebelum balik. Itu pun nasib baik sebab aku jadi mc masa majlis penutup. Kalau nak ingatkan balik memang kelakar sangat. Masa tu aku tolong dia handle budak2 zapin yang berlatih tanpa tenaga pengajar. Nak dijadikan cerita akulah tenaga pengajarnye..Lepas je majlis tu habis memang kitorang melekat jelah until malam jamuan..


Lepas tu aku balik, dia ada kol cakap dia boring kat rumah. Aku ajak r dia datang rumah tapi kalau result aku bagus r. Alhamdulillah result aku gempak jugaklah kalau nak dibandingkan dengan result kat Serting n k.klawang ( kalau sape yang tak tahu kedua2 tempat ni kat n.9) Dia pun bersetuju nak dok kat umah aku dalam masa 2 3 hari. aku pun rancang r tempat2 yang boleh dia pergi. Tetiba dia kata nak kuar ramai2 dengan yang lain. aku pun postlah kat fs n club nye fs. Sadnye yang datang reunion tu just 6 orang je..




Tapi apa yang cuba aku cakapkan kawan ngan kak Z memang unbeliveble and unsangkarable..hahaha thanks kak z 4 being part of my life!!!

Saturday, August 29, 2009

buka puasa di sek 2...

pada hari khamis yg lalu aku, afzan, kak fat n kak rose (mawar berduri) buka puasa sesama. Ni semua idea kak ros yg entah kenapa apa mimpi tah ajak kitorang bukak puasa sama. maybe cuz dah rindu kot hehehehe....Pada mulanya kitorang nak bukak puasa kat dalam je pastu tetiba ujan lebat n tambah lg kitaorang punye kolej ada fogging. Huh, lastly aku cadangkan kami buka puasa di sek 2 ( huhu setelah tepon kak ros n dia menyebabkan aku abes kredit).







Hm dalam hujan tu kitorang redah gak sampai dapat bas 603..akhirnya setelah beberapa min kitorang pergi ke sek 2. sampi je kat sana kitorang terus cari tempat duduk kat depan restoran rasa sayang..hm nak kata restoran tak sangt r..actually kedai. Dah tu kitorang oderlah kat kedai tu. alih2 adalah sorang budak ni tanya kitorng dah oder ke belum kat kedai dia..kitorang pun cakap r yang kitorang oder kat sebelah..aleh2 kitorng di halau duduk kat tempat lain not kat depan kedai dia..hm pada mulanya aku rasa mcm nak terajang je budak tu tapi bila difikirkan balik bukan salah dia sebab memang tu hak dia since meja tu kat depan kedai dia.
yelah kalau aku mestilah aku buat benda yang sama nak cari makan kan. Yang tak leh tahan tentunya kak ros. nasib baik r dia tak melenting kat depan tuh...






Pastu kami makan dengan jayanya (sorrylah kak ros tak dapat makan ikan bakar). habis tuh kami pun borak dan gelak dengan galaknya....huhu sempat jugaklah aku rakamkan gambar kandid diorang.. Happy gile aku bile tengok diorang gelak..rasanya hilang rasanya segala tension dan resah nak test esoknya.. hehehe thanks girls!!!










Wednesday, August 26, 2009

jadikan ini sebagai inspirasi

GEMURUH...

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa



im sorry...

hari ini aku tulis khas buat sahabat tersayang...

Dear Enna,
i'm sorry terlupa kau punya besday...sori sesangat...
tak sengaja aku lupa...
hm dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI JADI!!!
Enna dah tua!!!
semoga panjang umur n murah rezeki sayang. teringat masa korang buat suprise kat aku dulu. Hopefully dapat buat kat kau...( hehehe its time to revenge!!! ) tapi tak kesampaian cuz u r to far from me... hmm sedih jugak aku tak dapat bersama ngan ko masa ko tengah hapie...sorie Enna..really2 sori for being such a jerk friend... maaflah kalau kau menyesal kawan ngan aku...tapi rasanya aku dah terlebih baik n paling baik kan?? hehehehe....
saje gurau ngan ko...hope ko baca blog ni...

hmm... dah besar ni blajarlah jadi lebih matang... jadikan hari bahagiamu ini sebagai hari dimana kau akan lakukan anjakan paradigma terhadap kualiti, jati, dan pemikiran diri...ingat pesan aku always be positif and sentiasa percaya bahawa setiap masalah ada penyelesaian...hehehe nanti tuntut hadiah kat aku eh...

last but not least,
H
A
P
P
Y
B
I
R
T
H
D
A
Y
E
N
N
A
!
!
!

salam...

Saturday, August 22, 2009

rindu sehingga menusuk kalbu...



hm ramadhan tiba tanpa kita sedari....tapi entah kenapa aku rasa sayu sangat...teringatkan sahabat2 lama ku ketika di Matrikulasi...






Ya Allah apakah khabar mereka dan adakah mereka masih ingat padaku...


Ya Allah ko tempatkanlah mereka disisi mereka yang disayangiMu dan kau lindungilah mereka dari sebarang kesusahan dan kedukaan...






Sahabatku, semoga kamu semua bahagia aman dan sentosa. semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera..Guys please remember me always kerana kealpaan dan ignorance you all akan menakitkan hati ini dan tingalkan luka yang mendalam...






Ingat lagi macam mana korang sume sedaya upaya nampak aku ceria disaat aku berduka. teringat masa korang semua mengembalikan semangat aku unuk teruskan hidup dan yang paling penting teringat macam mana korang merosakkan rambut aku masa Birthday aku!!!huhu habis baju kesayangan aku kena buang!!! Thanks guys 4 being part of my life!!!






sekian..

kejadian di hari pertama puasa...






huhu... hari pertama puasa macam2 benda yang menarik berlaku...



antaranya pagi2 lagi aku dah jump eija, jannah, mai, dan nadzirah. diorang ada PBSM while aku ngan afzan ada SUKSIS pagi2 dalam pukul 7.30 am. ceritanya bermula bila aku jumpa diorang dalam bas 603 RapidKL.






Hehehe aku tengok muka Mai pepagi. Terkejut beb!!! dia bukan biasa bangun pagi kalau ari cuti ni. pastu Jannah kata dia baru bangun tido. Apalagi tak mandi r tuh...eeeee.....busuk minah tuh... hmm pastu jai r bahan gelak aku..( hehehe sorri Mai) then aku terkeluar r kenyataan " weh, korang tengahari makan sama eh" pastu diorng semua ketawa ad cakap eh ko tak pose eh dengan kuatnye dengan niat sengaja nak bg budak lelaki kat belakang tuh dengar.. SENGAL DO!!!






Pastu kami teruskan perjalanan ke Kenanga untuk berkumpul bersama ahli SUKSIS yang lain..huh bermula denga en. Ikhmar bagi ucapan dia.. aku bukan ape kalau dia cakap sekejap takpe ni tak dia cakap lama gile...pastu asyik cakap benda yang sama..huh penat dengar tau...



Then aku ngan shak, eneez, aishah and Afzan menuju dulu ke dewan Ghamma. sampai je kat sana Alhamdulillah dapat Aricond. tapi bile dah lama2 aduih sejuknya!!! kelas bermula dengan sesi taaruf dari pelajar lelaki. Mereka kena perkenalkan diri lepas tu ceritakn latar belakang keluarga dan akhir sekali prinsip hidup. macam2 aku dengar dan rata2nya cakap usaha tangga kejayaan. lepas tu kami diperkenalkan jabatan dalam PDRM oleh Cif Inspektor Tuan Hasrul Afendi. then akhir sekali budak pompuan pulak yang taaruf. Apa yang melucukan bila Shak nampak Ayu gile kat depan. Sampaikan aku tampar2 muka tak percaya adakah itu shak! serius do lai macam...hehehe






lepas tu dalam keadaan hujan yang lebat kami pun berjalan ke bus stop dan alhamdulillah sampai kesana terus ada bas dan kami pun sampai Melati dalam pukul 1.30.






sekian...

AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN...



Alhamdulillah akhirnya kiya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kerana masih dipanjangkan umur oleh Tuhan yang maha Esa. Hmm, tapi kalau kita tengok balik macam sekejap je masa berlalu lepas tu dah puasa. Orang kata dunia ni nak kiamat. Ada yang kata 2012 ada yang kata 2013. Tapi yang penting sebenarnya yang tahu bila masanya Khiamat hanya Allah S.W.T. Jangan kita terpengaruh dengan kata-kata ulama' atau sesiapa sahaja yang cuba menyatakan bilakah hari khiamat kita...berjaga-jaga kerana ini akan memesongkan iman kita.






Hayatilah Ramadhan yang datang dengan penuh kesyukuran, dan sentiasalah mencari keberkatan dariNya. InsyaAllah iman kita akan sentiasa ditingkatkan dan jika kita betul2 ikhlas kita akan lebih diberkati dan diletakkan disisi orang2 yang mulia dan dikasihi Allah. Penuhkanlah amalan seharian dengan sunnah2 Nabi Muhammad seperti bersahur, berbuka dengan buah tamar, bersedekah, solat tarawih dan yang paling penting jangan lupa untuk membayar zakat. Malam Lailatul kadar juga janganlah dilupakan dan sentiasalha mencarinya.




Akhir kata dari saya, jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai latihan diri untuk memantapkan iman. Masa inilah anda yang merokok boleh menghentikan tabiat yang tidak sihat ini...hehehe saya tak suka orang yang merokok kerana bagi saya orang yang merokok adalah pembunuh dan membunuh diri...so tolonglah henti bunuh diri sendiri...




sekian...

Thursday, August 20, 2009

biarlah mereka...

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita sensasi apabila Waheeda berkahwin dengan Akhil Hayy... macam2 respond yang saya dengar. Ada yang tak puas hati, ada yang tak ambik kisah, ada jugak yang mengamuk macamlah diorang yang bercerai...

Tapi secara rasionalnya, kalau kita tengok dengan mata kasar memang Akhil Hayy nampak macam bersalah. Dia sedaya upaya menafikan yang mereka bercinta tapi aleh2 kahwin jugak. Mengikut fakta yang saya tahu dia dah dua bulan tak balik rumah dan tak berhubung dengan bini dia.

Tapi kalau kita melihat dari sudut pandangan berbeza saya kira pasti ada 1001 sebab mengapa akhil tak balik rumah. Betul ke tidak sama ada dia bersama waheeda semasa tempoh ketiadaan dia kita tak tak tahu. Tapi saya kira Akhil mempunyai otak yang waras untuk berfikir baik buruk sesuatu perkara. Mana tau permasalahan ni bermula dari isteri dia sendiri. mana kita tahu...ape yang saya pegang adalah takkan pokok bergoyang kalau tak ada angin yang tiup. takkan ada permasalahn yang timbul kalau tak kerana puncanya dari salah seorang. Jadi saya sarankan kepada mereka diluar sana, belajarlah untuk berfikir sebelum berkata-kata. Berfikir sebelum menuduh dan memfitnah da berfikir secara rasional dan akal yang matang. memang betol tak ada perempuan yang sudi dimadukan dan siapa tak melenting kalau tahu suami curang. Cuma dalam perkara ini saya rasa tak ada pihak yang wajar menunding jari... yang penting doakan kebahagiaan mereka...

salam...

anggota KOR SUKSIS

huhu...
setelah berjaya tempuhi beberapa halangan dan cabaran semasa proses pemilihan, akhirnya aku terpilih menganggotai KOR SUKSIS UiTM. Yang paling best bile aku ngan Afzan dapat masuk sesama...YEYE!!!






Aktiviti pertama kami adalah angkat sumpah...hmm hari yang kitorang kalah netball tu
lepas tu kitorang ada test urine kat pej. KOR SUKSIS... then perjumpaan pertama dengan pen jurulatih en isa ( al-fatihah buat bonda en. isa yang telah ke rahmatullah sabtu lepas)...

kemudian hari demi hari kami belajar asas-asas kawad kaki seperti pusing kanan, kiri, senangdiri dan sedia, hormat dan pusing belakang...selepas beberapa perjumpaan aku rasakan aku bukan lagi masuk SUKSIS kerana elaun nye tapi kerana nilai2 yang ada dalam keanggotaanya...HIDUP SUKSIS!!!

Wednesday, August 19, 2009

gambar org2 tido...hehehe





























hmm... sorry eh kalau gambar u all ada dalam blog ni...







saje je aku memang suka kumpul gambar orang tido...







saksikanlah...

Saturday, August 15, 2009

babies day out...



Jumaat-(14/8/09) Hari ini aku dengan adik2 ku keluar pergi IOI mall nak belikan Marsya and Nurin hadiah hari jadi diorang. Huh jenuh jugak nak cari hadiah ni. Banyak benda kena ambil kira. Tak boleh beli teddy bear yang berbulu since diorang ada asmah. Tak boleh beli frame ke mug ke since diorang tu baru umur 2, 3 tahun. Hm...so jalan punya jalan jumpa lah anak patung Kura2 yang sangat cute and comel. Kami pun sepakat belikan diorang anak patung tu tambah lagi memang murah kalau nak dibandingkan dengan yang lain( huh, budak2 x boleh pegang barang mahal2). Lepas bayar tu aku perasanlah yang adik2 aku asyik pandang je teddy bear kat situ. Lalu dengan berat hatinya aku cakaplah kat diorang pilih mana yang diorang berkenan tapi yang pasti tak boleh lebih RM 30. Kalau lebih botaklah kepala aku...aduh itu satu hal pulak nanti...Nasib baik adik yang besar tak mintak. Kalau tak mau kena cucuk duit kat ATM lagi...




Lepas beli barang2 yang kami need, kitorang pun pegilah cari pot nak makan malam. aku pun suruhlah adik2 aku pilih makan kat mana. Apalagi kena ketuklah aku bila diorang mintak makan kat Kenny Rogers. Time ni lah aku rasa kenapalah KG ada kat Malaysia... Tak da kan bagus...Tapi apa nak buat adik punya pasal aku tunaikanlah. Yelah dah darah daging kan...Baik buruk tetap adik kita. Seronok aku tengok adik2 aku makan. Lagi2 AYE makan dengan penuh selera sampaikan ayam kitorang pun dia nak kebas. Huh, badan je kecik tapi perut macam lembu...Makan tak ingat orang, buruk perangai..dah tuh boleh pulak mulut penuh bercakap..ish buat malu je...Dah tu kitorang pun baliklah kerumah since takde benda lagi nak beli...




Aku sampai kolej dalam pukul 9. Lepas tu aku ajak Afzan pergi bilik Jannah kat tingkat dua ak pinjam CD Sayang you can dance(huh, cite yang sangat amat dan paling membosankan).Lepas tu aku ajak Afzan pegi tingkat 9...Sampai je kai kat atas kami sangat teruja bila dapat tengok keindahan malam di UiTM....cantik sangat!!! hmm, dah puas tengok pemandangan aku saje ajak pergi bilik Kak Ros cuz dah lama tak buli dia...(hahaha jangan marah ye kak ros) Tapi malam tu sebaliknya. Kak ros pulak asyik kenakan aku. Hampeh tol orang tua tu. Yelah mentang2 aku dah tembam, abis dia perli. Aku tak duduk dia kata aku nak kuruskan kaki. Alah tapi aku tak kisah sangat sebab memang betol pun badan ku semakin montok.hehehe...Tapi memang bestlah malam tu dia terkena gak tambah lagi si Afzan pun join buli dia...hahaha memang menangis tak berlagulah dia. Disini nak ambik kesempatan nak ucapkan tq to Afzan kerana menyertai pasukan pembuli KAK ROS!!!!TAHNIAH!!!!hahahaha...




sekian...

Friday, August 14, 2009

meniti hari rintihan hati...

Hmm...jumaat minggu lepas iaitu 7/8 2009, aku dan team netball dikejutkan dengan panggilan dari pengurus pasukan. Nak tau pasal apa? Game kitorang ada hari itu. bayangkan aku ngan afzan baru abis kelas kat fakulti akaun, kak anis(hehe) dah berada di KL, kak Fat ada kat luar, and yang paling mengerikan kak ros dalam perjalanan ke Penang.Huh kronik keadaan masa tu dah lah kaki aku injured. Tapi dengan semangat juang yang tinggi aku tetap ke pusat sukan dengan A.S.A.P..huh berapi gak kaki rasanya....


sampai aje kat pusat sukan, our manager, kak silah, muka macam nak menangis. yelah sape tak cuak kalo jadi macam tu. nanti ape2 hal dia yang akan bertanggungjawab... kesian dia waktu tu dengan tudung selebet entah kemana, muka resah gelisah. tapi nasib baik dapat hold 1 game untuk fakulti kitorang. bolehlah bertanding lagi. first game kitorang lawan fakulti hotel. boleh tahan jugak kitorang main. tak tension, tak berduka, tak gado. seronoklah... hm nasib baik tak krem kaki since kitorang tak warm up dulu... at the end kitorng menang dengan mata 7-2. kak fat sumbat 4 aku sumbat 3. lepas itu kitorang rest sekejap cuz kak silah kata ada game lagi..lalu muncullah kak anis..sampai aje apalagi mencarutlah dia..kesian hampir nak kemalangan..huh nasib baik tak ape2. yang kak ros plak jangan citelah. petang tuh baru sampai penang. kesian gak kat dia cuz dia tak pernah ponteng training alih2 4 the first time nak ponteng hambik habuk tarak dapat..kalau akulah jadi dia terkilan abes....


Malam yang sama aku dengan Afzan merancang nak pergi ke P.A.S nak beli seluar baru untuk main game esoknya since diorang kata game kedua esok pagi. Aku dah siap dah waktu tu tinggal tunggu Afzan je nak pakai tudung alih2 kak silah anta sms ni-' turun ke pusat sukan sekarang diorang baru kata ada game kite malam ni. cepat eh urgent', lebih kurang macam tulah bunyi nyer...huh menyirap darah aku dengar. mana taknye aku dah siap pakai foundation, selendang semuanya alih2 ada game pulak. Nasib baiklah tak pergi P.A.S lagi. kalau tak memang duit abes naik teksi je r..sampai pusat ada satu g masalah. takde orang boleh main GK. nasib baik Kak Anis sempat datang malam tu. So, aku pun cakap kat kak Fat yang aku leh main GK. hm..bangga jugaklah malam tu sebab aku hanya buat sekali contect n hanya bagi GS shot 2 kali je..hehe kembang semangkuk jap...


Lepas tu kitorang dapat masuk suku akhir. tapi malangnya aku ngan Afzan x dapat nak main ari sabtu tu sebab kitorang ada angkat sumpah sebagai KOR SUKSIS..huh sedih gile sebab kitorang dapat tahu kalah masa game kedua lawan fakulti pendidikan..agak terkilan disitu since kitorang tak leh nak kongsi kesedihan bersama and tak dapat nak jumpa team buat kali terakhir..yelah walaupun fakulti sama tapi jarang jumpa..malah susah nak jumpa sorang dari mereka. apa2 pun thanks to all of my teammates yang sudi berkongsi pngalaman dan sedih gembira bersama. hpefully dapatlah jumpa u gurls next time masa next SAF..ingat SAF ingat saya!!!!!


sekian....

Tuesday, August 4, 2009

kelab kasih sayang...



Cerita hari ini dimulakan dengan makan tengah hari. Pukul 12.20 tghari aku, afzan, d'la, eija and jannah pergi makan dekat mc.D almaklumlah jannah teringin sangat nak makan after baik sikit dari demam dia. Tahniah diucapkan kepada Jannah kerana telah berjaya mencapai impian...Lalu trademark baru muncul-' soalan apa tu?' hehehe...

Lepas tu kami terus ke destinasi seterusnya iaitu ke kolej Kenanga for math class. Hm, dek kerana bas lambat maka kami adalah yang terlambat sampai ke kelas. nasib baik lecterer math tak banyak songeh. Aku masuk je kelas dia sakat cakap kitorang nak balik dah( elektrik x dek kat tingkat 1). Huhu dengan penatnya aku tak layan Mr. din sebab kalau selalu aku memberikan reaksi yang 'baik punya'. Lepas tu dia tukar kelas kami ke tingkat 2. Hm, kelas jalan macam biasa tapi yang menariknya kami tetap dapat kenakan Aiza..hehehe...kesian Aiza...

Pukul 5.30 ptg aku ngan afzan melangkah kaki ke latihan netball. Macam biasa kak ros datang dulu. Nak dijadikan kisah hari ini kak haha datang lambat sebab dia kena jaga booth kelab Penyayang.Hehe geli hati sebab dia tak sesuai 4 that club. Apalagi jadi bahanlah dia. setiap kali baling bola kat dia mesti sebut ' hah, orang sayang nak ambik bola' , ' baling bola dekat dia kena penuh kasih sayang'. Memang dia sedikit bengang dan merah muka kot. Tak cukup dengan itu dia balas dendam dekat kak ros dengan statement-' hah sportrec nak ambik bola'..hehe macam2lah diorang ni sampaikan latihan dijalankan dengan tidak berapa serius tapi seronok dapat kenakan org!!!!

Apa yang menyedihkan hari ini apabila stamina aku sangatlah lemah. Hmm, apalagi dah seminggu x latihan ( pempaham jelah kenapa )..hopefully i can recover back A.S.A.P...

sekian....

Monday, August 3, 2009

lawaknya sahabatku...

Saje je aku nak cerita sedikit mengenai kawan-kawan baru aku. Hmm dekat u ni dalam kelas aku dikenali dengan panggilan 'MAMA' @ ada jugak yang panggil 'MUMMY'. Al kisahnya aku rapat dengan Afzan dan aku ni jenis yang caring sikit. So, dengan sifat keibuan aku tulah gelaran di beri tapi tak semua ahli kelas yang panggil. Pendek kata yang panggil aku macam tu geng akulah. ada 10 orang termasuk aku:-


afzan, aiza, d'la, eija, mai, jannah, ain, eira, aku dan Aishah.


Jadi mereka ini semua gelar kan diri mereka ' anak2 SAF'. Entah sejak bila aku kahwin dengan bapak diorang. Apalagi jadi bahanlah aku. nak di jadikan satu cerita, satu hari ini kami naik bas RapidKL nak balik kolej. Macam biasa kami akan bising dalam bas tu. Lalu, pak cik tu pun turut serta tergelak bersama-sama. Aku yang mula dulu yelah aku duduk depan and aku pun cakaplah kat diorang yang aku macam tour guide kat depan tu. Tak sangka ramai yang dengar termasuklah pak cik bas dan ketawa pun terburailah. Eija pun berkata " Mummy, taulah daddy tak ada. Behave yourself ok!" Sabar jelah dia ni, mau merah muka aku masa tu. Yang paling memalukan aku bila diorang kata aku cuba cari daddy baru diorang depan khalayak ramai dalam bas ditambahkan dengan tiba2nya pak cik bas tuh terus pakai cermin mata hitam..MAK AIH!!!MALU!!!!


Ada satu cerita lagi. 3 OGOS 2009. Kitorang ada kelas Law pagi pukul 10.30. Sebelum tu kami borak2lah sebab dah lama tak jumpa since UiTM tutup seminggu. Saja je aku bukak cerita cakap one of our classmate daddy Jannah sebab dia putih. Afzan pun tanyalah sape daddy dia and aku pun cakaplah yang hitam tu dan kau dapat keputihan dari aku... Tiba2 eira nyampuk tanya ' habis tu kenapa eira tak dek janggut? bapak eira ada pulak.' Hah ni memang soalan nak bagi pecah perut r..dah nama pun perempuan kan...HAHAHAHAHAHA


ok lah sampai sini aje dulu...


sekian...

macam2 berlaku hari ini...



Bermula pada jam 5.30 pg aku terjaga dari tidur. Tak tahu kenapa aku boleh bangun sebegitu awal sedangkan kelas strart pukul 10.30 pg. Pagi ni aku rasa sangat berdebar2 dan x sedap hati. Macam biasa pukul 9.30 pg dah tercegat kat bus stop tunggu bas. Yang peliknya kali ni x yah nak berebut bas. datang terus naik bas. yelah mana tak nye ramai student tak balik lagi dek kerana H1N1. Bermula dengan kelas Law belajar pasal bidang kuasa setiap mahkamah di Malaysia and ends at 11.40 pg. Then, aku balik bilik sebab nak solat dan sebagainya.


Pukul 2.30 ptg ada kelas AIS.Huh, nak dijadikan cerita aku kena kuar kelas sebab lecterer suruh buat medical check up since aku nye selsema ada saki baki. Hm apalagi memang ke Pusat Kesihatan lah aku tadi... Bukan nak marah lecterer tu, cuma penat sikit since fakulti aku atas bukit. Kalau siapa pernah datang fakulti aku namanya menara SAAS. Sampai je kat PK, kena daftar. Masa tu tuhan jelah yang tahu betapa ramai makhluk yang menunggu giliran untuk check Dr..Ada yang demam,batuk,selsema dan ada plak tu yang gatal2 tekak...Tibalah giliran aku nak jumpa dr.masuk je tak sampai 5 minit dr kata " ok awak boleh keluar sebab tempereture awak just 36 deg. so tak yah risau." (huh kan dah cakap x dek papenye!!!)


Balik dari PK aku terus ke fakulti balik.(lupa nak bg tau yang pg PK sekali ngan aku 5 org) Kejar masa nak masuk kelas Ekonomi pulak. Kelas start pukul 4.10 ptg and will end at 7 pm. Hmm penatlah nampak gayanya tambah lagi ada training netball kat Seroja. But then prof kata kelas until pukul 6 je. nanti extand ari jumaat. Huh aku dengan kawan aku, Afzan pun bergegas pulang ke kolej Melati nak tukar baju untuk pergi training pulak. Yang bestnya, kitorang keluar bilik pukul 6.45, bas datang pukul 7, gerak pukul 7.10, sampai seroja pukul 7.20 ptg. Hm ingatkan latihan masih go on, but then kitorang tengok teammate semua dah balik. Memang malanglah nasib aku hari ini. Hmmm, hopefully esok adalah hari bahagia aku...




sekian...

Sunday, August 2, 2009

kehidupan baruku...

Setahun aku digelar sebagai pelajar Matrikulasi Johor. Alhamdulillah aku berjaya menempuhi segala dugaan dan cabaran yang Tuhan berikan. Hm, perkara yang paling aku tidak boleh lupakan apabila 2 minggu sebelum aku ke Karnival MiKim ayah aku telah kembali kerahmatullah.(Al-fatihah buat en Safrudin) Tetapi itu tidak mematahkan semangat aku. Malah aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang supportive dan rakan-rakan yang memahami dan sentiasa berada disisi walau aku susah dan senang. Terima kasih buat rakan ku yana, enna, baie, dayah, syam, izah, peng, faiz, ijul, nuri, dan rakan-rakan yang lain kerna telah mewarnai hidupku selama setahun di matriks. Semaoga Allah membalas jasa baik kalian di Syurga nanti...
Di sini aku ingin berkongsi bagaimana pula fasa pertama kehidupan di UiTM shah alam. Pada awalnya aku tidak mahu untuk melanjutkan pelajaran dek kerana memikirkan keluarga dirumah, namun akhirnya mungkin takdir telah membawa aku ke UiTM. Minggu pertama aku agak bosan kerana orentasinya asyik2 ceramah. Tetapi dalam kebosanan itu bohong jika aku katakan tidak ada satupun keriangan yang singgah. Teringat aku pada sesi kenegaraan kendalian Pak Raden. Beliau telah membuatkan aku bersemangat untuk memperjuangkan anak bangsa dan agama dan ada juga penceramah yang menyentuh hati nurani ini untuk mengingati diri ini akan perjuangan yang mesti diselesaikan.
Kemudian aku berkenalan dengan rakan-rakan dari 1G. Hm, mereka peramah lagi ceria malah tidak henti-henti membuatkan aku x kering gusi. penat jugak kadang2 asyik tertawa. Fakulti aku berada nun auh diatas bukit yang diberi nama bangunan SAAS. Dengar ceritanya bangunan itu tidak boleh dicat gara-gara ada benda yang menjaganya. huh, seram disitu... Apa yang seronoknya belajar di UiTM buat masa ini aku tidak merasakan sebarang tekanan. pada minggu pertama sahaja aku dan rakan-rakan dari PART 1 telah menyertai pertandingan bola jaring dan walaupun kalah kami pulang dengan kalungan pingat tempat ketiga. Kami juga disajikan dengan program mentor-mentee. Hehe, teringat pada ceramah pada hari pelancaran dimana lagu tea kami adalah lagu GEMURUH nyanyian Faizal Tahir...(bukan apa teringat masa moment jadi fasilitator) Yang penting kami telah mendapat semangat baru to make defferent in our life...
apa-apapun aku mengharapkan life kat UiTM akan terus berseri dan mengembirakan....

sekian...